Make your own free website on Tripod.com
 
::Flashback Pencorobohan Amerika ke atas IRAQ...
Berikut adalah foto terbaru dari al jazeera,
serangan tentera penceroboh ke atas bandar Falujja
Askar penceroboh terus membedil dan membunuh rakyat iraq
terutama kanak-kanak yang tidak berdosa.......

Berita terbaru: Askar penceroboh (Amerika) melarang
Wartawan dan krew TV Al Jazeera untuk membuat
liputan di IRAQ


 

Mayat kanak-kanak bergelimpangan di Fallujah

FALLUJAH: Mayat bertaburan di atas jalan di Fallujah ketika pasukan marin Amerika Syarikat (AS), berdepan tentangan sengit di kubu kuat golongan Sunni dalam kejadian yang dibandingkan komander mereka dengan Perang Vietnam.

Ketika pasukan marin bergerak ke depan perlahan-lahan bagi mengelakkan tembakan penembak curi dan tindakan serang dan lari dengan mortar dan pelancar bom tangan, seorang pegawai perubatan AS berkata, tentangan semakin memuncak berbanding ketika pencerobohan bermula.

Mortar dan tembakan dari senjata lebih kecil muncul tanpa amaran, dilancarkan kumpulan kecil pejuang yang berkubu di lorong atau bumbung untuk melancarkan serangan.

Selepas dua hari berdepan tentangan sengit, pasukan marin hanya mampu bergerak sejauh dua kilometer melalui pinggir zon industri yang disangka ditinggalkan.

Asap dari letupan roket menyelubungi langit ketika anggota marin berterusan dibedil dengan mortar dan pelancar bom tangan dari kilang, rumah dan masjid, sebahagiannya datang dari kawasan yang sepatutnya sudah ditinggalkan. AFP
 

Kembali ke Laman Utama
Hakcipta © demimasa.cjb.net 2004