Make your own free website on Tripod.com
LINKS
ARCHIVE
« September 2017 »
S M T W T F S
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
You are not logged in. Log in
Entries by Topic
All topics  «
Sunday, 14 March 2004
Berjanji tidak ulangi perbuatan terkutuk
01 September 2001

Soalan
SAYA melakukan kesalahan yang sangat terkutuk iaitu terlanjur bersama seorang lelaki berkali-kali.

Kini saya ingin kembali ke jalan yang benar dan menghentikan perbuatan berkenaan tetapi saya ingin panduan serta nasihat daripada ustazah cara sebaiknya supaya saya terus menginsafi perbuatan lampau saya itu.

Kiriman: Girl,
Cheras Baru, Kuala Lumpur

Jawapan
DALAM sebuah hadis Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maknanya: "Tidak ada satu dosa yang lebih besar selepas syirik daripada dosa seorang lelaki meletakkan air mani ke dalam rahim yang tidak halal baginya (berzina)."

Ini bererti dosa berzina sangat berat bahkan membuka kepada pintu-pintu maksiat yang lain. Cara untuk kembali, pertamanya mestilah keinsafan dan kesedaran serta rasa kesal itu lahir dari hati sendiri.

Selepas benar rasa menyesal, nyatakan rasa kesalnya kepada Allah dengan cara mendirikan dua rakaat solat taubat. Bila memberi salam, angkatlah tangan yang penuh noda itu memohon ampun kepada Allah dan tangisilah kepada Allah segala dosa yang lama.

Selepas itu berjanjilah pada Allah dan diri untuk tidak lagi mengulangi perbuatan berkenaan. Setelah itu mulakan hidup baru dengan dipenuhi segala amalan baik

Dato Dr. Masitah

Posted by demimasa4 at 8:26 AM EST
Post Comment | Permalink
Berdosa cerai ketika haid
18 August 2001

Soalan :
BAGAIMANA kedudukan si suami yang tidak mengetahui isterinya dalam keadaan haid tetapi menceraikan isterinya dalam keadaan berkenaan? Adakah isteri sudah jatuh talak? Adakah perbuatan suami itu dikira berdosa?

Kiriman: Maz,
Ampang, Selangor.

Jawapan :
SUAMI yang menjatuhkan talak kepada isteri yang sedang dalam keadaan haid hukumnya berdosa. Ini disebabkan perbuatan berkenaan boleh memanjangkan tempoh isteri terbabit berada di dalam edah.

Biasanya jika tidak dalam haid, dia hanya menunggu tiga kali datang haid dan suci saja. Apabila suami menjatuhkan talak ketika dalam haid bermakna tempoh berkenaan menjadi panjang sedikit kerana dia berada dalam keadaan tidak suci dan sekarang terpaksa menuggu tiga kali suci lagi barulah tamat tempoh edahnya.

Talak ketika haid tetap berlaku atau jatuh walaupun perbuatan itu berdosa. Suami yang tidak tahu mestilah belajar berkenaan hak yang diberikan Allah kepada mereka

Dato Dr. Masitah

Posted by demimasa4 at 8:23 AM EST
Post Comment | Permalink
Isteri terlanjur bersikap dingin
18 August 2001

Soalan :
SEWAKTU remaja, saya mempunyai teman lelaki dan pernah terlanjur bersamanya tetapi kemudiannya kami berpisah.

Apabila berusia 22 tahun, saya dikahwinkan dengan pemuda pilihan keluarga. Kehidupan kami tidak bahagia kerana saya tidak mahu melayannya sebagai seorang suami.

Saya sering mengelak untuk bersamanya walaupun saya dalam keadaan bersih dan sihat kerana saya tidak berkeinginan melakukannya. Adakah saya dikatakan berdosa? Suami masih bersabar dan sayangkan saya tetapi saya tidak tahu bagaimana mahu mengatasi masalah ini.

Kiriman: Hamba Allah,
Johor Bahru, Johor.

Jawapan :
PUAN sudah pernah terlanjur melakukan satu daripada dosa besar iaitu berzina. Dosa zina sangat besar di sisi Allah dan puan sewajarnya kembali bertaubat memohon ampun daripada Allah.

Alhamdulillah sekarang sudah pula bertemu jodoh dengan orang yang mengasihi puan. Janganlah menambahkan lagi dosa lama dengan menjadi isteri yang ingkar dan nusyuz.

Seorang isteri yang tidak mahu dirinya disetubuhi suami tanpa sebab munasabah hanya kerana dia tidak cintakan suami adalah berdosa. Sementara suami puan masih boleh bersabar dan rahsia puan masih terjaga dengan baik, layanlah suami yang halal di sisi Allah dengan baik.

Besar kemungkinan puan tidak mahu melayaninya serta hilang keinginan kerana dia adalah pilihan keluarga dan bukan pilihan puan sendiri tetapi jodoh puan sudah bersamanya, dapat pula orang yang baik redalah dan jalanilah sisa hidup ini dengan menjadi isteri yang solehah. Sesungguhnya keredaan Allah adalah pada keredaan suami.

Dato Dr. Masitah

Posted by demimasa4 at 8:20 AM EST
Post Comment | Permalink
Anak angkat lelaki tidur di rumah
18 August 2001

Soalan :
KAKAK saya baru kematian suami kira-kira setahun lalu. Dia berusia 40 tahun dan mempunyai seroang anak gadis yang tinggal bersamanya berusia 19 tahun.

Kakak saya sering mengambil anak angkat lelaki dan kini, seorang anak angkat lelakinya berusia 20 tahun sering mengunjungi dan tidur di rumahnya. Saya ada menasihatinya tetapi katanya, dia ikhlas terhadap anak angkat lelakinya itu.

Apakah pandangan Islam mengenai tindakan itu di mana seorang lelaki yang tiada pertalian darah dengan kakak dan anak saudara saya tidur di rumahnya itu?

Kiriman: Hussein,
Butterworth, Pulau Pinang.

Jawapan :
Anak angkat lelaki bukan mahram bagi wanita. Dalam keadaan menjadi balu dan kemudian mengambil orang lelaki tidur di rumah, nampaknya kakak saudari mengundang dosa masuk ke rumah.

Perasaan ikhlas bukanlah tiket atau lesen yang membolehkan seorang wanita membenarkan lelaki bukan mahram berada di rumahnya. Nafsu manusia tidak pernah mengenal usia atau sesiapa.

Sedangkan Rasulullah melarang ipar duai sendiri daripada selalu memasuki rumah, inikan pula orang luar yang tiada sebarang ikatan.

Jika ingin juga supaya anak angkat itu bermalam di rumah, sebaiknya carilah mahram yang dapat bersama. Selain daripada terjamin, dapat juga dielakkan berlakunya fitnah.

Dato Dr. Masitah

Posted by demimasa4 at 8:18 AM EST
Post Comment | Permalink
Hukum cabut bulu kening
18 August 2001

Soalan :
SAYA berusia lingkungan 20-an dan ingin kepastian mengenai kening yang dicabut. Jika bulu kening itu tebal dan dicabut sedikit saja di bahagian bawahnya untuk membentuk dan mencantikkan kening, adakah perbuatan itu juga haram dilakukan?

Bagaimana pula dengan perbuatan melebatkan bulu kening atas sebab tertentu tetapi bukan berniat menunjuk-nunjuk?

Kiriman: Inginkan kepastian,
Kota Tinggi, Johor.

Jawapan :
ALLAH itu cantik dan suka pada yang cantik. Bagaimanapun, di dalam Islam untuk kelihatan cantik ada tatatertibnya.

Mencabut semua bulu kening dan kemudian membentuknya semula adalah berdosa kerana dikira mengubah kejadian Alah. Bagaimanapun sekadar memperbetulkan dengan mencabut mana-mana bulu yang tumbuh bukan pada tempat yang sepatutnya seperti bulu yang tumbuh antara dua kening hingga seakan-akan bercantum supaya lebih kemas dan rapi, ia tidak berdosa.

Begitu juga dengan meminyakkan bulu kening supaya lebat dan hitam bagi bulu kening yang begitu jarang dan tipis, ia tidak haram dilakukan. Bagaimanapun bagi seorang isteri, dia perlulah mendapatkan izin daripada suami terlebih dulu untuk berbuat demikian

Dato Dr. mAsitah

Posted by demimasa4 at 8:13 AM EST
Updated: Sunday, 14 March 2004 8:16 AM EST
Post Comment | Permalink
test lagiii
okeiii ke niiii....
harap2 lerr...

Posted by demimasa4 at 7:35 AM EST
Post Comment | Permalink

Newer | Latest | Older